untuk download sila klik di sini --> DOWNLOAD NOW
DUNIA KOMPUTER
Selasa, 11 Ogos 2015
APPS UJIAN JPJ
bagi mereka yang ingin membuat latihan bagi menjawab ujian JPJ dengan jayanya, disini admin menyediakan apps yang sama seperti yang anda akan menjawabnya.
21 Cara Power Kan PC Anda
Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan
perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera
anda?
1.
Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM
menentukan kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan
sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan
keadaan. Jika anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke
slot desktop anda. 2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini
jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.
2.
Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul
maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi
mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan
privasi, spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk
memerangi spyware, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan
imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare. Imbasan ini adalah
perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus.
3.
Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian
yang pernah dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem
pemacu. Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu
‘membersihkan’ daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan
mengisi tempat kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop
akan perlahan kerana kekurangan RAM.
4.
Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika
anda ingin desktop kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi
dengan menukar cara menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh
membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun
membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik.
5.
Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda
untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi
desktop. Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta
kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam
sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti.
6.
Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik
adalah syarat penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan
memberikan pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik
anda tidak bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta
desktop ‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan
mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.
7.
Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan
dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga
dengan lebih cekap. Selain itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer
mudah alih.
8.
Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda
mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan
Registry anda terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak
yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter
pemacu peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga
mengoperasi sistem boots dan perintah lain.
9.
Melumpuhkan Wireless Internet dan Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan
internet atau Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut
untuk menjimatkan sumber.
10. Mengurus program
mula (startup)
Beberapa program akan bermula
secara automatik apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu
banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda
bekerja dengan perlahan. Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan
dan meningkatkan prestasi, gunakan Windows Defender.
11. Bersihkan paparan
desktop
Kadang kala sikap terburu-buru
membawa padah. Tidak perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon
pintasan, fail atau dokumen yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja
kerana ia menyebabkan desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya
menjadi beban. Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan
desktop. Anda akan melihat peningkatan dalam prestasi.
12. Laraskan pilihan
pengindeksan
Pilihan pengindeksan boleh membantu
anda mencari apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda
boleh mencari dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan
tumpuan kepada fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.
13. Mengesan dan
membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan
melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi
komputer anda, ada alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi
dengan boleh menyemak integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda
dengan menjalankan utiliti Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas
pemacu keras untuk sektor lama dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk
melihat sama ada fail atau folder tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
14. Kosongkan Recyle
Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia
secara automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang
terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di
dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil
langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak
bermanfaat lagi.
15. Belajar tentang
ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7
atau Windows Vista, anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan
sistem anda. Satu konsep baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia
membolehkan anda menggunakan pemacu flash USB atau memori kad untuk
meningkatkan prestasi tanpa menambah memori tambahan.
16. Buang bunyi
kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus
menggunakan bunyi ‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih
stabil dengan prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda
‘hang’ kurang.
17. Matikan Indeks
Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan
pengindeksan membantu mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada
komputer. Ia membantu anda untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih
cepat kerana ia mengimbas senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail
anda, anda boleh melumpuhkan sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan
sebarang kemudaratan kepada anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.
18. Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka
panjang, Desktop anda akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk
menjadikan tabiat defrag windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu
untuk mendapatkan fail anda yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang
pastinya memberikan kesan positif.
19. Nyahpasang program
tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang
dipasang, anda mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya.
Jika anda pasti tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang
rancangan untuk menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk
membebaskan ruang pemacu keras dan sumber.
20. Kosongkan Prefetch
cache
Untuk memperbaiki masa yang
diperlukan ketika muat turun program, Windows meneka fail yang mungkin
diperlukan bersebelahan dan memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam
mana yang tidak perlu. Cache akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail
Windows yang benar-benar perlu. Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih
responsif dan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi PC.
21. Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada
tahap 15 bit atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan.
Apabila berkeinginan untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas
yang memberikan resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)